Tugasan (Assignment)

September 27, 2010 at 3:16 am (2. Pengajian Malaysia MPW 1133)

INTERNATIONAL COLLEGE AUTOMOTIVE MALAYSIA (ICAM)

MALAYSIAN STUDIES (MPW 1133)

PANDUAN PENULISAN ESEI (TUGASAN)

Tugasan kerja kursus (tugasan bertulis) merupakan salah satu kompenan penilaian tahap kemajuan. Setiap pelajar diwajibkan melakukan tugasan bertulis (esei). Tujuan tugasan kerja kursus adalah untuk menilai pencapaian pelajar sama dapat memahami dan mengetahui keseluruhan perbincangan dalam liputan kursus ini.

TAJUK TUGASAN  : SEPERTI YANG DILAMPIRKAN

Pelajar-pelajar diminta menghuraikan tajuk yang dipilih berdasarkan kefahaman dan kajian yang dijalankan.

ARAHAN

Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  1. Tajuk tugasan seperti yang telah disediakan oleh pensyarah. Terdapat EMPAT (4) tajuk pilihan dan pelajar hanya perlu memlilih SATU (1) tajuk sahaja.
  2. Penulisan bebas. Boleh memberikan pendapat terutama kesimpulan kepada penulisan. Memberikan pendapat yang kritikal selepas merujuk kepada sumber yang berkaitan. Perlu dilakukan kajian perpustakaan.
  3. Rujukan mesti disertakan dan dipetik dari sumber yang sahih dan berbentuk akademik.  Rujukan boleh diperolehi menerusi buku , jurnal, media massa (suratkhabar atau majalah) dan internet.
  4. Pelajar diwajibkan menggunakan sekurang-kurangya LIMA (5) rujukan daripada buku.
  5. Sila ambil perhatian bahawa tarikh penghantaran tugasan perlu dilakukan sepertimana yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar. Kelewatan penghantaran  tugasan akan ditolak sebanyak SATU (1) markah setiap hari daripada tarikh penghantaran.
  6. Tarikh akhir ialah MINGGU 7 (12 Nov 2010).
  7. Plagiat daripada kertas kursus pelajar lain dan disabitkan kesalahan akan dikira 0 markah.
  8. Penghantaran tugasan ini adalah tanggungjawab sendiri dan perlu dihantar ke Bilik Akademik ICAM.

ISU KANDUNGAN  (APA YANG PERLU DALAM ESEI INI)

a)     Muka Hadapan

-(logo ICAM, nama kursus, kod kursus, soalan, nama pensyarah,nama pelajar, ID pelajar dan tarikh hantar).

– Muka hadapan menggunakan kertas berwarna biru dan di-tapekan.

b)     Jadual Isi Kandungan

c)     Pengenalan

d)     Isi perbicangan

e)     Kesimpulan

f)      Rujukan  (sila rujuk contoh di bawah)

Buku Rujukan/ Bibliografi

  1. Abdul Rahman Md Aroff. 2004. Teori, Etika & Amalan Moral. Selangor: Universiti Pertanian Malaysia.
  2. Rohana Mohd Nawi, ‘Seks bebas kalangan pelajar membimbangkan, Utusan Malaysia, 19 Julai 2009.
  3. Mohamed Azam Mohamed Adil, (2003) Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan Malaysia: Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah, 11 (1). http://myais.fsktm.um.edu.my

FORMAT PENULISAN

1.         Penulisan haruslah bertaip dengan menggunakan huruf TIMES NEW ROMAN font 12 dan selang setiap baris ialah 1.5

2.         Pelajar wajib mengikuti arahan dan format yang ditetapkan oleh pensyarah. Penulisan adalah sekurang-kurangya 12 halaman penuh dan tidak melebihi 30 halaman.( halaman tidak termasuk muka hadapan, jadual isi kandungan dan rujukan)

3.         Penulisan mestilah kemas dan mempunyai perenggan yang jelas.

4.         Setiap halaman haruslah diseimbangkan (justify)

5.         Penulisan yang tidak mengikut format dan tidak kemas akan ditolak sebanyak LIMA (5) markah.

6.         Penulisan harus dihantar pada sebelum atau pada waktu waktu yang telah ditetapkan

SOALAN TUGASAN

1) PADA PANDANGAN ANDA, BOLEHKAH SEBUAH NEGARA BANGSA   WUJUD DI MALAYSIA?

2) BINCANGKAN AKTIVITI DAN KESAN PERKEMBANGAN  KOLONIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU SEJAK DEKAD 1880-AN?

3) BINCANGKAN PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISMA PENDUDUK TANAH MELAYU KE ARAH MEMBEBASKAN TANAH AIR DARI BELENGGU PENJAJAH.

4) PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA BERKAIT RAPAT DENGAN KEWUJUDAN KEPELBAGAIAN KUMPULAN ETNIK. BINCANGKAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: